Page 351 - LKANAktivitiKemJab2010

Basic HTML Version

RAHSIA
RAHSIA
304
GAMBAR 22.6
SK Lapasan, Kota Kinabalu, Sabah
- Bekalan Elektrik Belum Disambung
(18.10.2010)
c. Adalah didapati Bahagian Pembangunan, Kementerian akan memproses
bayaran atas pengesahan siap kerja yang ditandatangani oleh pihak
perunding serta Sijil Akuan Penerimaan dan Sijil Pemasangan Dan
Pengujian yang ditandatangani oleh pihak sekolah. Bagaimanapun,
semakan Audit selanjutnya mendapati pihak sekolah telah menandatangani
Sijil Akuan Penerimaan dan Sijil Pemasangan Dan Pengujian tanpa
dibekalkan spesifikasi sebagai rujukan.
Berdasarkan maklum balas,
Kementerian telah membuat pembayaran mengikut kaedah bagi
memudahkan penilaian interim oleh perunding di mana item yang melibatkan
kos yang kecil akan dianggap sebagai telah dilaksana/dibekalkan.
Sehubungan itu, perubahan kos yang berlaku akan dibuat pelarasan harga
semasa menyediakan Akaun Muktamad.
Pada pendapat Audit, bayaran terhadap kerja yang tidak dilaksana/dibekalkan
adalah satu kesalahan yang nyata dan bertentangan dengan peraturan yang
sedia ada walaupun ia adalah bagi memudahkan kerja penilaian interim oleh
perunding.
22.4.2.2. Kerja Pembinaan/Bekalan Tidak Mengikut Spesifikasi
a. Skop dan spesifikasi kerja yang ditetapkan dalam kontrak pada asasnya
adalah muktamad. Ini adalah kerana sebelum menyediakan suatu skop
kerja, semua perkara yang berkaitan perlu diambil kira dan seterusnya bagi
mendapatkan anggaran kos pembinaan yang tepat. Bagaimanapun, jika
sesuatu kerja perlu diubah berbanding dengan skop kerja yang telah
disediakan, kelulusan perlu diperolehi daripada Pegawai Penguasa
berkenaan dan perkiraan semula kos kerja dibuat supaya tiada pihak yang
mengalami kerugian termasuk Kerajaan.
b. Semakan Audit mendapati kerja pembinaan kabin yang dilaksanakan di 17
sekolah tidak mengikut skop/spesifikasi kerja yang ditetapkan dan tiada bukti
pelaksanaan kerja mendapat kelulusan Pegawai Penguasa. Contoh kerja
yang tidak mengikut skop/spesifikasi adalah seperti di jadual dan gambar
berikut: